Ini kerana menurut beliau, sudah berbelas tahun Permatang Pauh mempunyai wakil rakyat yang tidak memberikan tumpuan kepada kawasan sehingga menyebabkan pelbagai perkara khususnya kebajikan rakyat dan pembangunan yang sepatutnya dilakukan oleh wakil rakyat di setiap kawasan.
“Jadi saya menyeru pengundi-pengundi di Permatang Pauh, jangan mengundi berasaskan simpati, jangan membuat keputusan berasaskan rasa kasihan. Ini bukan soal kasihan dan bukan soal simpati. Ini soal masa depan diri kita dan juga generasi kita akan datang.
“Sebab itu, pengundi di Permatang Pauh kena bijak esok hari dengan memilih calon yang saya percaya yang ditawarkan oleh Barisan Nasional di mana beliau seorang tokoh dari golongan muda, berpendidikan, mempunyai kelayakan dan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Pengundi- pengundi di Permatang Pauh katanya lagi, perlu menilai kemampuan dan kewibawaan calon dari pembangkang itu sendiri dalam dari kemampuan beliau untuk berkhidmat dan memimpin.
“Dalam soal ini, kita boleh saja lihat bagaimana beliau memimpin partinya sendiri. Bagi saya, beliaulah merupakan satu-satunya presiden parti politik di dalam negara yang hanya pada nama, sedangkan hakikatnya beliau tidak ada kekuatan dan tidak ada kuasa.
“Malah kita dapat lihat sewaktu suaminya menjadi Ketua Umum, ternyata beliau adalah presiden parti yang tidak ada kuasa. Biarpun hari ini suaminya berada di dalam penjara, beliau masih tidak ada kuasa untuk membuat keputusan dan hanya mengikut apa yang diarahkan oleh suaminya saja.
“Sebab itu saya percaya ini akan merugikan rakyat memandangkan beliau tidak mampu untuk memikul tanggungjawab. Kita dapat lihat beliau sebagai ADUN Kajang sendiri pun tidak mampu untuk menyelesaikan permasalahan di kawasan itu,” jelasnya.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa BN benar-benar bersungguh dalam memberikan komitmen dengan melancarkan manifesto sebagai satu janji khusus buat penduduk permatang pauh.
“Manifesto ini bukanlah gula-gula untuk menarik pengundi tetapi ia memperlihatkan keseriusan kerajaan, khususnya di Permatang Pauh untuk menyelesaikan permasalah rakyat dalam soal pendidikan, soal pembangunan belia dan perkara-perkara yang kita tahu menjadi masalah buat penduduk di sini yang tidak dapat diselesaikan oleh ahli parlimen sebelum ini.
“Sebab itu saya harap, pengundi di Permatang Pauh ambillah kesempatan ini dan undilah calon BN. Ini soal masa depan dan sudah tentulah pilihan yang terbaik buat rakyat di sini ialah calon dari BN yang merupakan anak tempatan, golongan muda dan profesional,” tegasnya.
-MediaUMNO
No comments:
Post a Comment