Majlis Sambutan akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, di Mydin Mall, Gong Badak, Kuala Terengganu pada 10 Mei 2015 (Ahad), kira-kira jam 3 petang.
Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Terengganu (LPPKN), Anisafina Maidin, berkata majlis dari jam 10 pagi dan berakhir jam 5 petang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, diadakan bagi memeriahkan sambutan hari ibu sebagai acara tahunan yang lazimnya disambut pada hari Ahad minggu kedua setiap Mei.
“Pada tahun ini, LPPKN mengambil kesempatan untuk meraikan hari istimewa ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan murni insan yang bergelar ibu.
“Pada masa yang sama satu program baru yang diberi nama Jelajah Keluarga Bahagia akan diadakan bersekali dengan Sambutan Hari Ibu di Negeri Terengganu pada tarikh yang sama bagi menyemarakkan Geraka 1Malaysia Utamakan Keluarga (1Malaysia Family First ),”katanya dalam satu kenyataan kepada media, baru-baru ini.
Anisafina berkata, Jelajah Keluarga Bahagia adalah usaha berterusan KPWKM melalui agensi di bawahnya LPPKN untuk meningkatkan penglibatan semua peringkat masyarakat secara inklusif mengutamakan perspektif keluarga bersama kerajaan di peringkat masing-masing, tidak kira swasta, badan bukan kerajaan, komuniti masyarakat dan ibu bapa sebagai pemimpin keluarga.
Menurutnya, tema Saya Sayang Ibu Saya “ I Love My Mum “ dipilih untuk sambutan kali Sambutan Hari Ibu 2015 bersempena dengan program Jelajah Keluarga Bahagia yang memberi tumpuan kepada perana ibu dalam mewujudkan keluarga bahagia.
Tambahnya, pelbagai pengisian menarik yang akan diadakan pada majlis tersebut seperti persembahan artis-artis dari Seniman iaitu Zed Zaidi, Khaty Azian, Zack Taipan, Naz Adila AF dan Riki Juvana.
Turut diadakan pameran interaktif dari pelbagai agensi Kerajaan dan swasta, slot tari terapi, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan ‘ Mum Make Over ‘, pertandingan menghias cup cake ibu dan anak, peluang membuat kad ucapan hari ibu, peluang berselfie di `wall of fame’ , klinik mobil LPPKN : Pemeriksaan kesihatan percuma, pap smear, pendaftaran subsidi mamogram dan urutan tradisional, perpustakaan bergerak dan kaunter zakat (MAIDAM).
Teganukita
No comments:
Post a Comment