Páginas

Sunday, 6 March 2016

43 Kejayaan Terengganu Tahun 2015: KE TIGA PULUH DUA


MJ MediaJerteh

Tarmizi, Nor Jannah Wakili Terengganu Tilawah Al-Quran Kebangsaan

By Mohd Syazni Zainudin -  4 Mac 2016

 Johan qari dan qariah, Tarmizi (kiri) dan Jannah (kanan) bakal mewakili Terengganu ke Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
*****
Ahmad Tarmizi Abd Rahman dan Nor Jannah Abd Rahman masing-masing dari Kuala Nerus muncul johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1437H/2016M.

Thursday, 3 March 2016

STPM 2015: Terengganu Kekal Kedudukan Terbaik Kebangsaan

By Suriati Ali -  2 Mac 2016

Terengganu mengekalkan kecemerlangan dalam Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) 2015 dengan kedudukan pertama peringkat kebangsaaan yang diumumkan hari ini.
*****
Kejayaan yang diumumkan itu adalah untuk dua kali berturut-turut dengan beberapa pencapaian luar biasa yang dicatatkan pada tahun ini.

LTdL 2016 : Adiq Rangkul Pelumba Terbaik Asia Pertama Negara

By Mohd Syazni Zainudin -  3 Mac 2016

Pelumba Pasukan Lumba basikal Profesional Terengganu (TSG), Muhamad Adiq Husainie Othman mengukir sejarah apabila muncul pelumba Malaysia pertama meraih jersi putih selaku Pelumba Terbaik Asia sejak Le Tour de Langkawi (LTdL) yang mula diperkenal pada 1996.
*****
Adiq menyifatkan kejayaannya pada LTdL 2016 itu sebagai hadiah kepada rakyat Malaysia khasnya Terengganu.

SPM 2015: Calon Cemerlang Tertinggi Meningkat

By Noraini Jusoh -  3 Mac 2016

Shafruddin mengucapkan tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2015 di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Bukit Kecil, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Hasmizi Hamid
*****
Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 seluruh Terengganu merekodkan sedikit penurunan, bagaimanapun Gred Purata Negeri masih mengatasi Gred Purata Nasional.

Wednesday, 2 March 2016

43 Kejayaan Terengganu Tahun 2015: KE TIGA PULUH SATU


MJ MediaJerteh

MB Tidak Puas Hati Tahap Kebersihan PBT

By Aida Abd Rahman -  2 Mac 2016

Sebahagian Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bergambar bersama Ahmad Razif (tengah) selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar, Yang Dipertua dan  Ahli-Ahli Majlis PBT Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Hasmizi Hamid
*****
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman masih tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan khususnya di pusat bandar setiap daerah seluruh Terengganu.