Páginas

Wednesday 2 March 2016

MB Tidak Puas Hati Tahap Kebersihan PBT

By Aida Abd Rahman -  2 Mac 2016

Sebahagian Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bergambar bersama Ahmad Razif (tengah) selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar, Yang Dipertua dan  Ahli-Ahli Majlis PBT Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Hasmizi Hamid
*****
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman masih tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan khususnya di pusat bandar setiap daerah seluruh Terengganu.


“Kebersihan sekitar pusat-pusat bandar perlu diberi keutamaan berikutan setiap lokasi itu mempunyai tarikan dan kekuatan tersendiri yang mampu merancakkan industri pelancongan.

“Aspek penyelenggaraan longkang terutamanya, masih tidak mencapai tahap yang ditetapkan dan kita pelu mendapatkan khidmat luar bagi melakukan kerja pembersihan ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyaksikan Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar, Yang Dipertua Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda dan Speaker DUN, Dato’Mohd Zubir Embong.

Ahmad Razif juga mahu supaya setiap kontraktor kebersihan yang gagal menjalankan kerja mengikut piawaian ditetapkan PBT supaya ditamatkan kontrak serta-merta.

Tambahnya, kerajaan negeri turut bersetuju membelanjakan RM72 juta tahun ini berbanding RM42 juta tahun lalu bagi memastikan hasrat menjadikan Terengganu TerBersih (TTB) tercapai.

Katanya, beliau juga akan turun padang bagi memantau sendiri setiap PBT dengan memberi tumpuan kepada kawasan persekitaran dan juga tandas.

“Kita mahu memperlihatkan kepada orang luar, bahawa Terengganu terbersih. Walaupun berdepan masalah kewangan kerajaan negeri tetap menaikkan perbelanjaan kepada RM72 juta bagi menguruskan kontrak kerja-kerja kebersihan seluruh Terengganu sepanjang tahun ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment