Páginas

Friday, 15 September 2017

SOLAT HAJAT


PUTRAJAYA, 15 Sept — SOLAT HAJAT … Umat Islam menunaikan solat sunat hajat yang diimamkan Ustaz Mohd Redza Ahmad bagi mendoakan keselamatan etnik Rohingya selepas solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. 

–fotoBERNAMA/UMNO-Online

Beberapa Pihak Pohon Jadi Pengendali Kemudahan Pelancongan Di Tasik Kenyir

Aida Abd Rahman | Thursday, September 14, 2017

Menteri Besar bersama kenamaan lain melancarkan Festival Kenyir 2017, di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Kerajaan negeri sedang menimbang permohonan daripada beberapa pihak sebagai pengendali kemudahan pelancongan di Tasik Kenyir termasuk hotel dan Taman Tema Air, di Pulau Poh.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya menilai tawaran yang mampu diberikan dan memilih yang terbaik bagi melancarkan operasi dan pengurusan di pusat peranginan itu nanti.

300 Peserta Meriahkan Program Berakit Merdeka Selusuri Sungai Terengganu

Tengku Nor Shahida Tengku Abd Rasid | Thursday, September 14, 2017

Deretan rakit yang dihias indah dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri sempena Program Berakit Merdeka Menyusuri Sungai Terengganu, di Dataran Pulau Warisan. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim
*****
Seramai 300 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh daerah menyertai Program Berakit Merdeka Menyusuri Sungai Terengganu 2017, hari ini.

Peserta yang menaiki 30 buah rakit yang dihias hasil kreativiti masing-masing, berlumba bermula di jeti Muzium Negeri dan berakhir di Pulau Warisan, Kuala Terengganu dengan jarak 4.59 kilometer.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud dalam ucapannya berkata, hasil pemuafakatan dan penjanaan idea yang bernas sempena hari kebangsaan itu, pelbagai program dan aktiviti dijalankan bagi membentuk komuniti yang baik dan positif selain melahirkan masyarakat yang bersikap patriotik serta sayangkan negara.


“Program ini adalah julung kali diadakan di negeri ini hasil kerjasama Unit Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri serta Kelab Sukan Negeri Terengganu.

“Program seperti ini dapat mengeratkan hubungan diantara peserta di samping meraikan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-60. Bagi saya, program ini cukup tepat dalam usaha kita untuk memeriahkan lagi sambutan bulan kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September ini,”katanya di Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Program Berakit Merdeka Menyusuri Sungai Terengganu, di Dataran Pulau Warisan, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Mohd Syukri Ibrahim, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri, Burhanuddin Daud serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Zuhami Omar.


Bagi pemenang rakit kategori jabatan kerajaan diungguli Majlis Daerah Hulu Teregganu (RM1,000), tempat kedua Majlis Daerah Kemaman (RM600)dan tempat ketiga SUK Kerajaan Tempatan (RM500). Manakala pemenang rakit bagi kategori NGO, tempat pertama Mix Ibai, tempat kedua Mix Marang, manakala ketiga, KRT Pulau Sekati yang membawa pulang jumlah wang tunai yang sama .
Untuk kategori rakit berhias pula, tempat pertama dimenangi oleh Pejabat Tanah Daerah Dungun, sementara kedua Kumpulan Trackers dan ketiga Majlis Daerah Besut.


Teganukita/MediaJertih

Wednesday, 13 September 2017

UniSZA Perkenal Produk Susu Kambing

Mohammad Ishak | Wednesday, August 30, 2017

 Pehemi menunjukan produk susu kambing keluaran UniSZA
*****
Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA) mengorak langkah mengeluarkan pelbagai produk makanan berasaskan susu kambing berjenama UniFarm.

Naib Canselornya, Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abd Latif berkata, lima produk yang dikeluarkan daripada susu kambing segar ialah aiskrim,yogurt, keju, karipap dan samosa.

Presiden Trump, PM Najib Berbincang Di Rumah Putih

Wednesday, 13 September 2017

WASHINGTON, D.C, 12 Sept – Perbincangan Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berlangsung di Rumah Putih dalam satu pertemuan yang bakal membuka lembaran baharu selepas 60 tahun Amerika Syarikat menjalinkan hubungan dua hala dengan satu daripada rakan strategiknya di Asia Tenggara itu.

Trump  menyambut mesra Najib sejurus beliau tiba untuk menghadiri pertemuan empat mata di Rumah Putih yang terletak di Pennsylvania Avenue, yang juga merupakan lawatan pertama pemimpin Malaysia itu ke pejabat dan kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat itu.

Tuesday, 12 September 2017

PM Bertemu Pelajar Dan Diaspora Malaysia

Tuesday, 12 September 2017

WASHINGTON DC, 12 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan pertemuan dengan para pelajar dan diaspora Malaysia pada jamuan malam di Kedutaan Besar Malaysia di sini Isnin.

Najib dan isteri berada di Washington DC untuk lawatan kerja tiga hari yang bertumpu kepada pertemuan bersama Presiden Donald J. Trump yang dijadual berlangsung di Rumah Putih pada Selasa.

Monday, 11 September 2017

UPSR: Terengganu Sasar 1967 Calon Peroleh 6A

Noraini Jusoh  Monday, September 11, 2017

Calon UPSR mencium tangan Ahmad Razif bagi memohon restu sebelum melangkah ke dewan peperiksaan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim.
*****
Terengganu mensasarkan jumlah calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan memperoleh keputusan cemerlang 6A tahun ini seramai 1,967 daripada 20,273 calon negeri ini yang menduduki peperiksaan itu, bermula hari ini.