Páginas

Wednesday 13 September 2017

UniSZA Perkenal Produk Susu Kambing

Mohammad Ishak | Wednesday, August 30, 2017

 Pehemi menunjukan produk susu kambing keluaran UniSZA
*****
Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA) mengorak langkah mengeluarkan pelbagai produk makanan berasaskan susu kambing berjenama UniFarm.

Naib Canselornya, Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abd Latif berkata, lima produk yang dikeluarkan daripada susu kambing segar ialah aiskrim,yogurt, keju, karipap dan samosa.


Katanya, lima produk berkenaan mula dipasarkan kepada orang ramai sempena perasmian kiosk UniSZA di hadapan pasar raya Pantai Timur di Jertih.

Beliau berkata, pelancaran kiosk yang pertama di negeri ini yang menjual produk berkenaan dihasilkan Pengusaha Komuniti Tenesu Kambing Besut ( PKTKB) di bawah bimbingan universiti itu.

"Kiosk berkenaan akan diperluaskan bukan sahaja di Daerah Besut,malah akan dibuat di bandar utama negeri ini, katanya selepas majlis perasmian kiosk perintis itu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof.

Katanya, Program Ladang Kambing Tenesu (UDGF) dan kiosk berkenaan bertujuan memindahkan ilmu keusahawanan dalam bidang ternakan kambing tenusu kepada penternak tempatan.

Beliau berharap kejayaan perusahaan itu akan meningkatkan sumber ekonomi berasaskan penternakan apabila pengeluarannya menjadi yang terbesar di negara ini.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment