Páginas

Saturday, 17 September 2016

Sekitar Ibadat Qorban DUN Jerteh 1437H/2016

Oleh: Wan Aziz Wan Idris
Dato' Pehimi melakukan kerja melapah daging korban di Alur Lintah
*****
14 September 2016 - Seawal pagi hari raya ketiga Aidil Adha 1437H, Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof telah memulakan tinjauan serta melakukan sendiri penyembelihan beberapa ekor lembu qorban kali ini.
Bermula sekitar jam 8.00 pagi bertempat di Balairaya Kg. Tok Donik, bagi PDM Mukim Kubang Bemban. Di sini belliau sempat melakukan sendiri penyembelihan dua ekor lembu sumbang beliau. Manakala seekor lagi sumbangan Dato' Seri Idris Jusoh - Ahli Parlimen Besut.

Sebanyak 15 ekor lembu sumbangan beliau dan 2 ekor sumbangan Dato' Seri Idris dikorbankan di DUN Jerteh.

Majlis korban kali ini diadakan di 13 PDM, termasuk 3 PDM yang baru dibentuk hasil dari penstrukturan semula pusat daerah mengundi di Parlimen Besut.

Anuar Mahmud memeriksa ikatan lembu bagi memastikan majlis korban di Kubang Bemban berjalan lancar.
Dato' Pehimi bersedia melakukan penyembelihan bagi ibadat korban di Kubang Bemban.
Kerja-kerja melapah daging korban bagi diagihkan kepada orang ramai yang berhak.



Gotong-royong dan kesepakatan adalah kunci menjayakan ibadat Qorban setiap tahun di DUN Jerteh.


MJ MediaJerteh

No comments:

Post a Comment