Dalam usia itu, walaupun sudah separuh abad, Malaysia masih dianggap terlalu muda jika hendak dibandingkan dengan negara-negara maju di dunia.
Namun dari segi kemajuan dan pembangunan negara, kita sebagai rakyat boleh berbangga kerana kedudukan Malaysia sebagai negara yang pesat membangun, tidak pula jauh bezanya daripada negara lain yang jauh lebih tua dan lebih dahulu maju daripada kita.
Apa yang lebih penting, keunikan Malaysia sebagai negara majmuk yang berjaya mengekalkan keamanan dan kestabilan, menjadikan negara ini cukup istimewa di mata dunia.
Rakyat Malaysia yang kini mencecah 32 juta orang adalah aset negara yang paling berharga. Walau siapa pun kita, apa pun kedudukan atau pangkat mahupun kerjaya kita, tidak kira apa fahaman politik kita, itu bukan ukurannya. Yang penting, kita sebagai warga sama-sama menyumbang secara positif ke arah pembinaan negara bangsa. Bukan menjadi makhluk perosak yang cuba memusnahkannya.
Selama 53 tahun, rakyat berbilang kaum, agama, budaya dan latar belakang, hidup aman harmoni. Insiden-insiden kecil tidak pernah kita biarkan marak menjadi api persengketaan yang besar. Kita telah melakukannya lebih 50 tahun, tidak mustahil kita teruskan sehingga 100 tahun. Bersama-samalah kita sepakat dan bertekad untuk memakmurkan negara dan terus berusaha mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Selamat Hari Malaysia 2016. Malaysiaku, negaraku.
AWANG – Selamanya anak Malaysia.
MJ
No comments:
Post a Comment