Páginas

Tuesday 1 August 2017

Kerajaan Negeri Adakan Himpunan Bantah Kekejaman Israel

Noraini Jusoh | Monday, July 31, 2017


Kerajaan negeri akan mengadakan himpunan bantahan terhadap kekejaman rejim Israel ke atas penduduk Palestin di perkarangan Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man pada 11 Ogos ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, himpunan itu sebagai tanda protes terhadap Israel yang sengaja menyekat rakyat Palestin daripada memasuki Masjid Al-Aqsa, baru-baru ini.


Katanya, ia juga bagi menzahirkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin mempertahankan tanah air mereka.

“Kita berhasrat untuk mengadakan perhimpunan di perkarangan monumen Masjidil Aqsa di TTI untuk melahirkan bantahan dan juga sebagai tanda solidariti dan permuafakatan antara orang-orang Islam di Terengganu dalam membantah penindasan dan pencerobohan yang sedang berlaku di Palestin.

“Ianya akan dimulakan dengan program solat Maghrib, Isyak dan solat Hajat secara berjemaah di Masjid Kristal terlebih dahulu dan dianggarkan seramai 2,000 orang yang akan hadir pada malam tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Meraikan Bakal Haji Parlimen Kuala Nerus, semalam.

Turut hadir, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment