Páginas

Tuesday 22 August 2017

MoU Epic Mushtari -Stork Technical Wujudkan Perkongsian Teknologi, Kepakaran Rakan Niaga

Suriati Ali | Monday, August 21, 2017


EPIC Mushtari Engineering Sdn Bhd (EME) dan Stork Technical Services Holding B.V hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi mewujudkan perkongsian teknologi dan kepakaran dengan rakan niaga antarabangsa.

Pengerusi EME, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata MoU itu akan memberi manfaat yang sangat besar kepada kedua-dua pihak dalam menjana keuntungan secara efisyen dalam menghadapi persaingan industri dan ekonomi pada masa akan datang.


Katanya, EPIC Mushtari ditubuhkan pada 1985 dan menjadi sebahagian daripada keluarga EPIC Berhad bermula Oktober 2007.

"Berkecimpung dalam bidang fabrikasi umum, khidmat pemulihan loji, penyelenggaraan tangki, peningkatan dan pengubahsuaian paip serta membaik pulih kapal.

"EPIC Berhad pula merupakan sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang bertanggungjawab menerajui industri gas dan minyak di Pantai Timur yang sentiasa meneroka peluang baharu untuk menambah mutu industri minyak dan gas di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis MoU itu di Resort World Awana Kijal Kemaman, hari ini.

Hadir menyaksikan Mou itu Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd  Zubir Embong .


Tengku Zaihan berkata, Termenterainya perjanjian persefahaman itu adalah satu anjakan ke arah fasa baru EPIC Mushtari dalam mempergiatkan usaha dan aktiviti perniagaan terutamanya perkongsian teknologi serta kepakaran dan rakan niaga antarabangsa.

"Pada masa sama membantu mempertingkatkan taraf syarikat ke arah lebih aktif, agresif dan produktif dalam mencipta peluang dalam bidang pemulihan dan pembaikan loji," katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment