Páginas

Thursday 25 January 2018

Boleh Mohon Perkahwinan Perdana TTB 2018

Aida Abd Rahman by Aida Abd Rahman  on Thursday, January 25, 2018


Borang permohonan rasmi program ‘Keluarga Generasi TTB: Perkahwinan Perdana’ 2018. Berita baik untuk rakyat Terengganu yang masih bujang. Permohonan Perkahwinan Perdana tahun 2018 telah dibuka bermula pada 24 Januari 2018 hingga 20 Februari 2018. Borang hendaklah dihantar sebelum 20 Februari 2018 di Ibu Pejabat YPKT atau Pejabat Kawasan YPK yang berdekatan dengan kawasan rumah anda. Penyertaan adalah terhad!


Syarat-Syarat Permohonan Perkahwinan Perdana 2018 Terengganu:-

 1. Pasangan atau salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri Terengganu.
(Pemastautin tetap yang melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daipada Wakil Rakyat / Penghulu Mukim / Ketua Kampung)
2. Pemohon dan pasangan berumur 18-30 tahun.
3. Perkahwinan adalah kali pertama
4. Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan
5. Pendapatan pemohon bersama pasangan adalah RM3,000 ke bawah.
6. Pendapatan ibu bapa pasangan RM5,000 ke bawah atau penerima bantuan daripada MAIDAM
7. Mendapat restu kedua-dua ibu bapa.
8. Lulus kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) anjuran MAIDAM atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
9. Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1,000 bagi setiap pasangan sebagai komitmen.
10. Majlis Perkahwinan akan diadakan dengan 2 pilihan tarikh dan pemohon diminta memilih satu tarikh berkenaan dan BERSETUJU menyertai majlis akad nikah beramai-ramai yang diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu seperti berikut:
a) Pilihan Pertama : 3 MAC 2018 (SABTU)
b) Pilihan Kedua : 30 JUN 2018 (SABTU)
11. Permohonan yang layak akan dipanggil ke sesi temuduga pemilihan.
12. Keputusan pemilihan tertakluk kepada Panel Jawatankuasa Pemilih dan keputusan adalah muktamad
Borang Permohonan Perkahwinan Perdana TTB 2018
Sila klik Keluarga Generasi TTB : Perkahwinan Perdana 2018
Tarikh permohonan dibuka
24 Januari 2018
Tarikh permohonan ditutup
20 Februari 2018

MEDIAJERTIH

No comments:

Post a Comment