Páginas

Tuesday, 10 October 2017

Bot Penambang Makin Cantik, Jadi Tarikan Penumpang

Aminudin Ismail | Tuesday, October 10, 2017


Beberapa pemilik bot penambang Seberang Takir, Kuala Nerus yang mendapat peruntukan membaik pulih bot berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana bantuan itu membolehkan mereka memulih dan

Monday, 9 October 2017

1.8 Juta Benih Ikan Dilepaskan Di Sungai Utama

Mohammad Ishak | Sunday, October 08, 2017


Jabatan Perikanan Terengganu melepaskan sejumlah 1.8 juta benih ikan dan udang serta induk ikan di beberapa sungai utama negeri ini  bagi memulihara sumber perikanan darat sejak 2008.

Sunday, 8 October 2017

Jertih Square Bakal Beroperasi April 2018

Mohammad Ishak | Sunday, October 08, 2017


Bandar Jertih akan berwajah baru apabila siapnya Jertih Square yang dapat menempatkan peniaga di lokasi lebih selesa dan tersusun bermula April tahun depan.

Seramai 300 peniaga kecil yang kebanyakannya Bumiputera dan berdepan masalah tempat niaga yang terhad bakal dipindahkan ke Jertih Square.

Saturday, 7 October 2017

5,000 Graduan Mahu Dilahirkan Dari Politeknik Setahun

Aida Abd Rahman | Friday, October 06, 2017

 Timbalan Perdana Menteri bersama kepimpinan negeri melambai tangan kepada hadirin sempena Majlis Pecah Tanah Politeknik Besut di Bukit Keluang, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim
*****
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu politeknik melahirkan sehingga 5,000 graduan setahun dalam bidang berkaitan Latihan Kemahiran dan Vokasional (TVET) di negara ini.

Wednesday, 4 October 2017

Cari Keberkatan Dalam Bekerja-SUK

Noraini Jusoh | Wednesday, October 04, 2017
 
Wan Nawawi ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman  (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra
*****
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail mengingatkan semua penjawat awam agar mencari keberkatan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Permohonan Bantuan Persekolahan Mula Dibuka Pada 5 Oktober Ini

Suriati Ali | Tuesday, October 03, 2017


Permohonan bantuan sesi persekolahan 2018 akan dibuka secara atas talian  mulai 5 sehingga 31 Oktober ini melalui laman sesawang danattb.terengganu.gov.my.

Syarat permohonan bagi pendapatan keluarga daripada RM2,000 sebelum ini dinaikkan kepada RM2,500 ke bawah dan setiap pelajar layak menerima RM100 dengan maksimum dua pelajar setiap keluarga.

Politeknik Ke-34 Di Besut

Mohammad Ishak | Tuesday, October 03, 2017


Hasrat kerajaan untuk menjadikan Daerah Besut sebagai hab pendidikan utama di Terengganu akan menjadi kenyataan apabila sebuah politeknik baharu akan dibina tidak lama lagi.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)  sudah meluluskan pembinaan politeknik di daerah itu dan menjadikan pusat pendidikan kemahiran berkenaan yang ke 34 dibina oleh kementerian terbabit di seluruh negara.

Menterinya, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, politeknik berharga RM180 juta akan dibina di Bukit Keluang membabitkan kawasan seluas 28 hektar yang mempunyai reka bentuk menarik dan mesra alam.