Seramai 300 peniaga kecil yang kebanyakannya Bumiputera dan berdepan masalah tempat niaga yang terhad bakal dipindahkan ke Jertih Square.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, projek berharga RM30 juta dilengkapi 130 ruang niaga sedang giat dibangunkan.
Katanya, apabila siap kelak, ruang perniagaan itu akan diagihkan kepada peniaga sedia ada yang berniaga di merata tempat di sekitar Bandar Jertih.
Malah, apabila berlaku banjir gerai perniagaan yang terletak di tepi sungai turut ditenggelami air menyebabkan peniaga rugi apabila ditenggelami air,” katanya ketika melawat tapak projek Jertih Square, Jertih, Besut hari ini.
Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih berkata, satu lagi projek pasar berharga RM6 juta untuk peniaga barang basah seperti sayur, daging, ikan dan hasil pertanian lain juga dibina di kawasan Jertih Square ini.
Katanya, apabila siap kelak, premis perniagaan itu akan memberi keselesaan bukan sahaja kepada peniaga malah kepada pelanggan.
Selain itu, beliau berkata, menerusi pelan penyusunan semula bandar ini kerajaan akan membina terminal bas berbumbung dan kawasan letak kereta bawah tanah untuk kemudahan orang ramai yang berkunjung ke bandar itu.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment