Páginas

Wednesday 4 October 2017

Politeknik Ke-34 Di Besut

Mohammad Ishak | Tuesday, October 03, 2017


Hasrat kerajaan untuk menjadikan Daerah Besut sebagai hab pendidikan utama di Terengganu akan menjadi kenyataan apabila sebuah politeknik baharu akan dibina tidak lama lagi.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)  sudah meluluskan pembinaan politeknik di daerah itu dan menjadikan pusat pendidikan kemahiran berkenaan yang ke 34 dibina oleh kementerian terbabit di seluruh negara.

Menterinya, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, politeknik berharga RM180 juta akan dibina di Bukit Keluang membabitkan kawasan seluas 28 hektar yang mempunyai reka bentuk menarik dan mesra alam.


Beliau berkata, apabila siap pusat pendidikan itu akan memberi tumpuan kepada program latihan kemahiran dan teknikal.

“Politeknik itu yang disediakan dengan pelbagai kemudahan pembelajaran mampu menampung 2,000 pelajar,” Katanya.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berkata, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi akan melakukan upacara pecah tanah pada 6 Oktober.

Beliau berkata, daerah ini wajar diberikan status hab pendidikan utama negeri ini kerana sudah mempunyai pelbagai pusat pendidikan

Antaranya, Kampus Universiti Sultan Zainal Abbidin (UniSZA), Maktab Perguruan Sultan Mizan,Kolej Vokasional, Kolej Komuniti, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),Taman Ilmu dan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Beliau berkata, dengan terlaksananya semua projek pendidikian yang dirancang, daerah ini akan berkembang pesat berikutan pertambahan penduduk dan memerlukan lebih banyak kemudahan asas perlu disediakan kerajaan.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment