Páginas

Monday 9 October 2017

1.8 Juta Benih Ikan Dilepaskan Di Sungai Utama

Mohammad Ishak | Sunday, October 08, 2017


Jabatan Perikanan Terengganu melepaskan sejumlah 1.8 juta benih ikan dan udang serta induk ikan di beberapa sungai utama negeri ini  bagi memulihara sumber perikanan darat sejak 2008.


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato Muhammad Pehimi Yusof berkata, program pelepasan ikan dan udang berkenaan juga bertujuan memberi sumber pendapatan kepada nelayan terbabit.

Katanya, pendaratan ikan darat pada tahun lalu turut menyumbang kepada ekonomi negeri ini dengan hasil tangkapan 169.69 metrik tan dengan nilai RM1.9 juta.

Beliau berkata, pada ketika ini ikan darat semakin digemari dan mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat menyebabkan pengeluarannya perlu ditingkatkan.

“Pada hari ini 422,660 benih ikan dilepaskan serentak di seluruh negara sempena Program Gelombang Nelayan nasional (GNN)”, Katanya ketika melakukan pelepasan benih ikan di Sungai Jertih, Besut, kelmarin.



Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih berkata, sempena program itu, 35,000 benih ikan lampam sungai dan 100 kelah merah dilepaskan di sungai terbabit.

Beliau berkata, sepanjang tahun ini,  Jabatan Perikanan Terengganu sudah melepaskan 226,350 benih ikan dan udang di empat sungai utama seluruh negeri.

Tambahnya, ikan kelah kini mencecah RM250 sekilo dan ia menjadi permintaan paling tinggi walaupun harganya agak mahal berbanding spesies ikan darat lain.

Beliau berharap, pemancing tidak menyalahgunakan aktiviti memancing dengan menggunakan renjatan elektrik dan bahan letupan lain untuk menangkap ikan kerana bimbang ia akan mengancam sumber ikan darat.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment