Páginas

Thursday, 24 May 2012

PENGERAT SILATURAHIM....

Kampung Seri Nangka telah mengadakan satu program Sukaneka & Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan kepada anak-anak penduduk kampung yang berjaya didalam peperiksaan. Majlis ini adalah majlis kali ke-3 dianjurkan oleh ahli jawatankuasa kampung dan penduduk Kampung Seri Nangka. 
Majlis Perasmian dan Penyampaian Anugerah tersebut dihadiri dan disempurnakan oleh ADUN Kota Putera, YB Haji Muhammad Pehimi Yusof. Beliau menyarankan program-program seperti ini diteruskan dan di perbanyakan lagi kerana pada beliau, program seperti ini merupakan satu platform yang baik dan sesuai untuk mengeratkan silaturahim diantara penduduk. Program ini juga mendapat kerjasama dari Jabatan Perpaduan Dan Intergriti Nasional Daerah Besut. Pelbagai acara sukaneka seperti kerusi berlagu, baling belon kasih dan lain-lain diaturkan sepanjang program tersebut. Cabutan bertuah juga turut disediakan dengan berbagai hadiah menarik.

Gelagat-gelagat yang sempat dirakam ketika program.

pertandingan mengumpul gula-gula bagi kanak-kanak

YB Pehimi bersama-sama memberi dorongan



acara baling belon kasih





YB Pehimi menyampaikan anugerah kepada pelajar kampung Seri Nangka yang cemerlang


Cabutan Bertuah Utama

Insan paling bertuah pada hari tersebut.

Published By Putera

Anak Besut Terus Mengorak Langkah....

Perasmian Lepak-Lepak Kafe yang baru di buka minggu lalu telah selamat dirasmikan dan disempurnakan oleh YB Haji Muhammad Pehimi Yusof, ADUN Kota Putera. Didalam ucapan ringkas beliau, beliau menyatakan kebanggaan beliau dengan usaha yang di tunjukan oleh usahwan muda dalam usaha mengorak langkah bagi  mengembangkan lagi kerjaya mereka. Beliau juga mendoakan semoga pemilik Lepak-Lepak Kafe ini akan terus melakar kejayaan.

YB Pehimi menurunkan tandatangan pada papan tanda peerasmian




Published By Putera

Wednesday, 23 May 2012

JASA KALIAN DALAM KENANGAN..


Satu majlis bagi meraikan guru-guru yang bersara di daerah Besut telah di adakan bertempat di Primula Pointry. Majlis ini merupakan satu inisiatif bagi mengenang dan menghargai jasa pendidik yang telah bayak berjaya. Majlis ini di sempurnakan oleh ADUN Kota Putera, YB Haji Muhammad Pehimi Yusof. Didalam ucapan YB Haji Pehimi, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah banyak berjaya dan berharap mereka akan terus menyokong dan membantu para pelajar dan sekolah walaupun mereka tidak berada didalam perkhidmatan.



Published By Putera

Santai Petang Bersama Penduduk Persiaran Limbongan..

Baru-baru ini saya sempat sempat meluangkan masa untuk menghadiri undangan daripada seorang wakil penduduk Persiaran Limbongan untuk menyertai mereka dalam satu majlis santai dan minum petang yang mereka anjurkan....




Saturday, 19 May 2012

TERIMA KASIH.........

Baru-baru ini satu Majlis Penghargaan bagi pelajar-pelajar cemerlang PMR dan SPM untuk pelajar di kawasan DUN Kota Putera telah diadakan. Majlis tersebut dirasmikan dan disempurnakan oleh YB Dato'  Seri Dr Abdullah Md. Zin, Ahli Parlimen Besut. Di dalam majlis tersebut para pelajar cemerlang dihadiahkan basikal sebagai tanda penghargaan di atas kecemerlangan mereka. Basikal yang dihadiahkan adalah sumbangan dari YB Dato' Dr Abdullah Mohd Zin..
Para pelajar yang menerima berasa amat gembira kerana itu merupakan tanda penghargaan daripada seorang pemimpin kepada rakyat.
Saya mewakili warga Kota Putera merakamkan jutaan terima kasih kepada Dato' Seri diatas sumbangan tersebut.









Monday, 14 May 2012

KEMBARA JALUR LEBAR



Program Kembara Jalur Lebar bagi DUN Kota Putera telah selamat di rasmikan oleh ADUN Kota Putera, YB Haji Muhamad Pehimi petang tadi di Pusat Komuniti Jalur Lebar Kampung Raja. Program Kembara Jalur Lebar ini bermula dari pagi lagi dimana pelbagai acara telah diaturkan kepada pengunjung.. Antara aktiviti dan acara yang di adakan adalah seperti sukaneka, permainan bola meja serta cabutan bertuah. Sepanjang program tersebut juga, pihak pusat komuniti jalur lebar juga membuka kaunter untuk pendaftaran menjadi ahli..



permainan bola meja

wajah girang

YB Pehimi mencuba permainan baling bola dalam mulut harimau

Penyampaian hadiah kepada pemenang


HIMPUNAN SETIA RELA BESUT BERSAMA PEMIMPIN



12 MEI yang lalu satu himpunan anggota RELA Daerah Besut Bersama Pemimpin telah diadakan di Dewan Gong Kemuntung, Jerteh. Antara pemimpin Besut yang hadir di program tersebut ialah Y.B Dato Seri Idris Jusoh, Ketua UMNO Daerah Besut yang juga ADUN Jerteh, Ahli Parlimen Besut, Y.B Dato Seri Abdullah Muhammad Zin serta ADUN Kota Putera, Y.B Haji Muhammad Pehimi Yusof.

Himpunan Setia RELA ini juga turut di hadiri Ketua Pengarah RELA Malaysia dan Barisan Kepimpinan RELA Terengganu dan juga wakil dari RELA Kelantan.

Ucapan Perasmian

Walau bertongkat ( semangat veteren )

1 Malaysia

KP RELA mempersembahkan bakat beliau berdikir