Páginas

Monday 20 October 2014

Terengganu Perintis Kolokium Pelan Aspirasi Rakyat

Aida Abd Rahman | 20 October 2014

Dato’ Ahmad Razif besama peserta Kolokium Pelan Aspirasi Rakyat di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur. Foto oleh Harish Fadzillah
*****
Terengganu muncul negeri pertama mengadakan Kolokium Pelan Aspirasi Rakyat sebagai platform utama untuk memperkasakan pentadbiran kerajaan negeri yang mengutamakan prinsip inklusif, `suara rakyat suara keramat’.
Bengkel dua hari yang bermula hari ini, di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, menghimpunkan Ahli  Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua jabatan.


Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata program yang pertama kali diperkenalkan itu sebagai medan mendengar dan mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah rakyat dari peringkat akar umbi di seluruh negeri Terengganu.

“Kita mahu menyelesaikan masalah rakyat sebagai asas untuk memperkasakan pentadbiran negeri dan merealisasikan matlamat Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang bermaksud Terengganu TerBersih dan Telus,Team (Berpasukan), Berkhidmat yang merangkumi Transformasi Ekonomi, Transformasi Kerajaan dan Transformasi Politik .

“Konsep inklusif dalam TTB  itu sendiri bagi meraikan suara rakyat sebagai input pembangunan kerana setiap program pembangunan seharusnya mengikut apa yang rakyat mahu, bukan apa yang kita (pentadbiran) hendak.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Transformasi Terengganu (Putra), Dr Wan Ashaari Wan Ismail.

“Pada masa yang sama, kita mahu membincangkan mengenai pembangunan daerah yang boleh disegerakan demi kepentingan rakyat, kerana perkhidmatan dan keperluan rakyat menjadi keutamaan kita,” katanya.

Ahmad razif juga mahu kolokium dua hari itu mampu mengenalpasti alternatif paling efisien bagi menyelesaikan  masalah infrastruktur dan ekonomi rakyat.

Kolokium bermula dengan pembentangan oleh Pejabat Daerah Kuala Terengganu, diikuti Kemaman, Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Marang.

Manakala pada sebelah malam, pembentangan oleh Pejabat Daerah Setiu serta diakhiri oleh daerah baharu, Kuala Nerus.

Sementara rumusan pembentangan awal dan akhir mengenai kolokium bakal berlangsung esok.

No comments:

Post a Comment