Menurut wakil UMNO Bahagian Masjid Tanah, Moo’min Seman konvensyen yang diadakan buat kali pertama adalah sebuah intiatif baik terutama dalam memberikan penjelasan dan informasi berhubung isu-isu semasa politik negara.
malaysiaforall“Konvensyen ini saya kira perlu dijadikan sebagai acara tahunan di mana ianya amat bermanfaat bagi ahli-ahli UMNO, khususnya di peringkat penerangan UMNO Bahagian dan Cawangan untuk mendapatkan informasi yang lebih tepat secara terus dari pimpinan di peringkat tertinggi UMNO itu sendiri.
“Kita lihat bagaimana rangkaian media sosial kini menjadi satu platform utama untuk menyebarkan maklumat kepada ahli-ahli UMNO termasuk masyarakat awam, dan berdasarkan perkara itu maka saya memuji inisiatif yang diambil oleh Jabatan Penerangan UMNO Malaysia yang telah mewujudkan satu aplikasi Malaysia4All yang dapat menyalurkan informasi dan maklumat dengan lebih efektif melalui aplikasi ini,” ujarnya.
Manakala, Ketua Penerangan Bahagian Bukit Bintang, Azman Halim berkata konvensyen ini dilakukan tepat pada masanya lebih-lebih lagi dengan kerancakan pihak pembangkang yang melemparkan pelbagai tohmahan dan cemuhan terhadap UMNO.
“UMNO kita lihat sebelum ini menjadi terlalu “defensive” dalam menangani isu ini namun dengan pengenalan konvensyen ini serta aplikasi Malaysia4All, diharapkan supaya ahli-ahli UMNO dapat menangkis dan menyerang balas segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang.
“Aplikasi baru ini sudah pasti akan mengambil sedikit masa untuk disebar luas kepada masyarakat namun apabila ianya telah tersebar luas dan mendapat perhatian secara “critical mass”, saya yakin lebih ramai orang akan dapat tahu maklumat dan fakta yang sahih menerusi aplikasi itu,” jelasnya.
Sementara itu, wakil dari UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Anuar menyatakan bahawa konvensyen ini memberi peluang kepada ahli untuk memperoleh maklumat yang lebih tepat termasuk dari segi penggunaan media baru untuk menyebarkan maklumat.
“Konvensyen dan aplikasi ini memperlihatkan satu intiatif baru jentera penerangan dan media dalam mendepani segala tohmahan pihak pembangkang sebagai dalam usaha UMNO untuk menangani fitnah terhadap UMNO yang tersebar luas melalui rangkaian media sosial.
“Dengan wujudnya kemudahan teknologi aplikasi Malaysia4all ini, ia membolehkan perkongsian maklumat yang lebih cepat kepada orang ramai tanpa penggunaan media lama seperti faks dan email. Kecelaruan fakta-fakta yang bertaburan melalui media sosial dapat diselaraskan melalui penggunaan aplikasi tersebut,” katanya.
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa berpandangan bahawa konvensyen pada hari ini dapat melihat bahawa pelbagai perubahan yang telah dilakukan dalam bahagian penerangan dan media UMNO yang dilihat dapat memberi impak yang positif dalam usaha menangangi isu-isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang.
“Syabas diucapkan kepada pihak penganjur atas initiatif yang dilakukan dan harap konvensyen ini dapat diteruskan kerana mampu memberi kami pemuda-pemuda bahagian penerangan dan media maklumat serta induk-induk untuk membantu mengendalikan jentera gerakan penerangan dan media UMNO,”jelasnya.
Berhubung dengan aplikasi Malaysia4All pula, beliau berpendapat aplikasi tersebut sangat membantu dalam memberi maklumat terkini dengan lebih cepat dan tepat kepada orang ramai dan dibuktikan melalui pengalaman beliau sendiri yang menggunakan aplikasi tersebut.
-MediaUMNO
No comments:
Post a Comment