Páginas

Wednesday 2 November 2016

Terengganu Buka Pintu Untuk Pelabur China

Ruslan Abd Rahman  Tuesday, November 01, 2016


Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman turut mempelawa pelabur China melabur ke Terengganu.


Beliau kini bersama-sama Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak mengadakan lawatan rasmi enam hari ke China, sejak semalam dengan matlamat mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang lama terjalin antara kedua-dua negara.


Ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp, beliau amat yakin bahawa dengan suasana ekonomi yang baik dan kestabilan politik akan membawa keinginan dan potensi yang baik kepada pelabur untuk datang ke negeri ini.

Katanya, dalam mesyuarat meja bulat bersama pengusaha industri di China hari ini, ramai di kalangan pelabur berkenaan berminat untuk datang melabur ke Malaysia dan peluang itu digunakan untuk menawarkan agar Terengganu tidak ketinggalan menjadi destinasi pilihan mereka.

Program itu adalah sebahagian dari aturcara lawatan Perdana Menteri ke China atas jemputan Perdana Menteri China.

Turut sama ialah beberapa Menteri Kabinet Malaysia.

teganukita.net/MJ

No comments:

Post a Comment