Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemberian tahunan itu merupakan antara usaha kerajaan negeri bagi membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan untuk membeli kelengkapan sekolah.
Katanya, keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan layak menerima bantuan itu dengan nilaian RM100 bagi setiap pelajar
“Bagi mereka yang mempunyai bilangan anak bersekolah yang ramai, bantuan dihadkan kepada dua orang sahaja untuk setiap keluarga.
“Pengagihan akan dibuat mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui wakil rakyat atau Pegawai Pembangunan Parlimen di kawasan terlibat dan kita berharap dapat diselesaikan sebelum masuk sesi persekolah ,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.
Katanya, tahun ini, kerajaan negeri bekerjasama dengan beberapa pusat perniagaan dengan mengagihkan baucer potongan harga antara 10 hingga 15 peratus kepada penerima untuk membeli kelengkapan sekolah, termasuk pakaian, buku dan alat tulis.
“Syarikat yang terlibat, Mydin Mall, Pusat Pakaian Hari-Hari, Kedai Kasut You, Din Brother, Kedai Buku Jalan Banggol, Nine Book Store, Zulfashah Book Service.
“Baucer itu juga boleh diguna pakai dirangkaian pusat perniagaan yang terlibat di luar Terengganu,”katanya.
Teganukita/MJ
No comments:
Post a Comment