Ahmad Rzif bersama tetamu kehormat lain mengetuai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Seramai 2,762 peserta membabitkan 71 pasukan menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu 1438H/2016M.Perarakan sejauh 2.4 kilometer itu bermula dari Dataran Shahbandar melalui Jalan Sultan Zainal Abidin, Bulatan Ladang dan berakhir di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.
Mengetuai perarakan itu, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta exco-exco kerajaan negeri.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis perasmian itu dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Johan bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta sijil, tempat kedua (RM2,000) dan tempat ketiga pula membawa pulang RM1,500.
Teganukita/MJ
No comments:
Post a Comment