Pengarah Korporat, Kemasyarakatan dan Kualiti MBKT, Nur Kamilah Hamzah berkata, program tersebut akan bermula di Dataran Batu Burok dan berakhir di lokasi yang sama.
“Ianya terbuka kepada pelbagai agensi dan orang ramai yang berminat untuk menyertai aktiviti kayuhan.
“Laluan berbasikal sempena Program Kayuhan Muhibah akan dibuka sehala melibatkan beberapa jalan utama di bandaraya ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
“Manakala laluan untuk VIP dan kanak-kanak dengan jarak tujuh km yang juga bermula di Batu Burok akan melalui jalan berhampiran Hotel Primula, Chicken Cottage ke Jalan Sultan Sulaiman, Bulatan Ladang dan seterusnya berpatah ke Hotel Primula sebelum berakhir di Batu Burok,” ujarnya.
Teganukita/MJ
No comments:
Post a Comment