Páginas

Friday 9 December 2016

Kemas Terengganu Terima Lebih RM10 Juta Sepanjang 2016

Mohd Syazni Zainudin | Tuesday, November 22, 2016

Dr. Faridah Mat
*****
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Terengganu menerima peruntukan lebih RM10 juta daripada Kerajaan Persekutuan sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Dr. Faridah Mat berkata, peruntukan tersebut adalah khusus untuk makanan tambahan kanak-kanak, baik pulih kelas-kelas tadika serta program pendidikan kemahiran.


Katanya, di seluruh Terengganu terdapat hampir 22,000 kanak-kanak yang berdaftar di bawah Kemas melibatkan kesemua lapan parlimen.

“Bagi makanan tambahan sahaja, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM8.2 juta di semua 879 buah tadika seluruh negeri ini dan makanan tersebut adalah berdasarkan pada menu yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia.

“Untuk tahun ini, kita mendapat peruntukan sebanyak hampir RM1.2 juta untuk baik pulih kecil serta penyelenggaraan kelas-kelas tadika Kemas,” katanya kepada Teganukita.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Hari Graduasi Kanak-kanak Tadika Kemas DUN Seberang Takir di RAMD 18, Kuala Nerus.


Di majlis tersebut, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman  menyampaikan sijil graduasi kepada kanak-kanak tadika Kemas di seluruh DUN itu.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, Halina Zakaria; Panglima 10 Briged Para, Birgedier Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Pemangku Pegawai Memerintah Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja Para.

Faridah berkata, selain dari aktivit pra-sekolah, Kemas turut menyediakan program pendidikan kemahiran dengan kos yang disediakan oleh kerajaan sebanyak RM1.6 juta.

“Di Terengganu, lebih 180 buah kelas disediakan bagi program pendidikan kemahiran termasuk kelas anyaman, kraftangan, masakan, sulaman serta jahitan manakala bagi dandanan diri kita baru ada dua kelas di negeri ini.

“Kelas-kelas ini dibuka kepada orang-orang kampung yang ingin menyertainya dan jika mereka berminat untuk melanjutkan lagi kemahiran yang ada, kita akan menghantar mereka ke Akademi Latihan Kemas di Seri Iskandar, Perak atau Kuantan, Pahang supaya apabila tamat pelajaran tersebut mereka mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Dua,” katanya.

Teganukita/MJ

No comments:

Post a Comment