Páginas

Friday, 30 December 2016

Jambatan Pulau Sekati Siap April 2017

Mohd Syazni Zainudin  | Thursday, December 29, 2016

Jambatan Pulau Sekati yang menghubungkan Kampung Teluk Pasu dan Losong.
*****
Jambatan sepanjang hampir tiga kilometer menghubungkan Kampung Teluk Pasu ke Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati dijangka siap sepenuhnya menjelang April tahun hadapan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jambatan yang merentangi Sungai Terengganu melibatkan kos sebanyak RM242 juta itu bakal menguraikan masalah trafik yang sering terjadi terutama pada musim perayaan serta cuti sekolah.


Katanya, selain jambatan tersebut, beberapa projek pembangunan lain yang masih dalam pembinaan akan menyelesaikan masalah trafik di laluan berkenaan, tidak lama lagi.

“Keseluruhan trafik yang berada di Kuala Terengganu ini akan dapat diselesaikan kelak apabila siapnya jambatan angkat yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Seberang Takir serta jejantas di Jambatan Sultan Mahmud ke Seberang Takir, Batu Enam serta Bukit Tunggal.

“Apabila projek-projek ini siap kelak, ianya dapat menyelesaikan keseluruhan atau paling tidak dapat memastikan permasalahan trafik tidak akan terjadi dalam masa 10 tahun akan datang,” katanya.


Beliau ditemui pemberita pada selepas merasmikan Penyambungan Terakhir Projek Jambatan (Stiching Slab) di Jambatan Pulau Sekati, Kuala Terengganu, hari ini.
*****
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri,Ir. Rosli Othman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Ir Ab Hamid Md Daud.

Tambah Ahmad Razif, selain dari projek-projek tersebut, kerajaan negeri juga dalam proses menyiapkan KT-Bypass yang menghubungkan Jalan Tok Adis ke Jalan Bukit Besar, Kuala Terengganu bagi mengurangkan kesesakan trafik.

Teganukita/MJ

No comments:

Post a Comment