Páginas

Monday 21 August 2017

Lima Skim Bantuan Dan Kemudahan Disediakan Untuk Usahawan IKS

Noraini Jusoh | Monday, August 21, 2017


Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu menyediakan lima skim bantuan dan kemudahan kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohammad (gambar) berkata, ianya untuk pembangunan perniagaan dan produk, pembiayaan perniagaan, premis dan kilang IKS, latihan dan seminar keusahawanan serta promosi dan pemasaran.


Katanya, menerusi Skim Pembiayaan Perniagaan T’Fund, sebanyak tiga skim yang ditawarkan YPU iaitu Skim Pinjaman Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T) dengan had maksimum RM20,000.

“Sementara, Skim Pinjaman Bisness Online (SPBOL) pula had maksimum adalah RM10,000.

“Skim Pembiayaan Usahawan Terengganu (SPUT) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad menawarkan had maksimum sebanyak RM1.0 juta,” ujarnya.

Teganukita/MediaJertih

1 comment:

  1. Assalamualaikum...bagaimana nak mohon skim ini ye..

    ReplyDelete