Tuesday, 20 February 2018

Bas Amphicoach Bakal Dipamerkan Kepada Orang Ramai

Suriati Ali by Suriati Ali  on Sunday, February 18, 2018

Ahmad Razif melepaskan anak benih udang. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Bas amphicoach bakal pertontonkan kepada orang ramai sepanjang  Ekspo Terengganu 2018, bermula 25 Februari hingga 3 Mac di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, Kuala Nerus


Bagi tujuan itu, pihak yang bertanggungjawab akan mendapatkan permit sementara daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut bagi membolehkan bas itu dibawa ke lokasi

Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bas berkenaan tiba di Terengganu pada jam 8 pagi tadi dan ditempatkan di depo Jabatan Kerja Raya (JKR), Kuala Terengganu  sementara mendapatkan kelulusan daripada agensi berkenaan.

"Pihak kami sedang menunggu kelulusan daripada JPJ dan Jabatan Laut untuk beroperasi.

"Pihak JPJ dan Jabatan Laut dari ibu pejabat akan turun untuk membuat pemeriksaan dan kita akan melakukan ujian sebelum boleh beroperasi,"katanya.

Ahmad Razif berkata demikian selepas ditemui pada Program D'Mukim dan Jualan Sentuhan Rakyat Sempena Majlis Pelepasan Benih Udang di Ladang Akuakultur Udang Bersepadu di Kampung  Nyatoh, Setiu hari ini. 

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Blue Archipelago, Wan Nadhri Wan Fauzi.

Sebanyak 400,000 benih udang dilepaskan di Taman Akuakultur Udang Bersepadu (iSHARP) yang dibangunkan Blur Archipelago Berhad (anak syarikat Khazanah Nasional Berhad).

Bas amphicoach dibeli kerajaan negeri pada harga RM3 juta pada 2014 dan sebelum ini dijangka tiba pada Mei 2015 bagi merancakkan industri pelancongan selain bagi kegunaan ketika musim banjir.

MEDIAJERTIH

1 comment: