Páginas

Saturday 24 February 2018

Hadiah Lumayan Sepanjang EKSPO TERENGGAN 2018

Mohd Syazni Zainudin by Mohd Syazni Zainudin  on Thursday, February 22, 2018 

Tengku Putera menunjukkan baju untuk Eskpo Terengganu 2018 semasa mengadakan taklimat kepada petugas media. Foto oleh Zulkifli CW Putra.
*****
Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung sepanjang tujuh hari bermula 25 Februari ini bakal menawarkan hadiah cabutan bertuah lumayan kepada pengunjung dengan nilai keseluruhan dianggarkan lebih RM1.5 juta.


Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang  berkata, kebanyakan hadiah-hadiah tersebut adalah hasil penajaan dan juga sumbangan daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri, syarikat swasta dan orang perseorangan termasuk ahli korporat anak Terengganu.

Katanya, bagi hadiah cabutan bertuah utama, berupa seunit rumah dan lot tanah perumahan serta pertanian bakal diumumkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada penutup ekspo tersebut pada 3 Mac pula dikhaskan kepada anak Terengganu sahaja.

"Hadiah utama bagi Eskpo Terengganu 2018 merupakan sebuah rumah di Kuala Terengganu, satu lot tanah banglo di Kuala Nerus dan satu lot tanah pertanian di Setiu khas untuk anak Terengganu sahaja yang berumur 21 tahun ke atas.

"Sepanjang ekspo berlangsung juga, cabutan bertuah harian turut diadakan dan hadiah utamanya adalah sebuah motosikal sepanjang tujuh hari tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus,  hari ini.


Sejurus taklimat, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dengan diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengurus Acara, Fatimah Ferdaus meninjau tapak program bagi mendapat maklumat terkini perkembangan persiapan acara itu.

Dalam pada itu, Tengku Putera berkata, dijangkakan lebih 400,000 pengunjung bakal memenuhi perkarangan stadium tersebut sepanjang ekspo berlangsungyang menawarkan pelbagai tarikan kepada semua lapisan masyarakat.

Tambahnya, Ekspo Terengganu 2018 menjanjikan keseronokan kepada pengunjung yang hadir ke sana menerusi pameran pembangunan negeri Terengganu termasuk menyediakan lebih 300 lot jualan seperti produk industri kecil sederhana, food truck, car boot sale dan jualan rakyat serta T-Kitchen.

"Pelbagai aktiviti dijalankan oleh peserta-peserta yang terlibat termasuk hadiah yang menarik kepada pengunjung.

"Selain daripada itu, lebih 100 gerai jualan turut disediakan di situ bagi menarik lebih ramai pengunjung. Kita juga turut menyediakan 66 'car boot sale', 55 'food truck' dari seluruh Malaysia, dan banyak lagi," katanya.

MEDIAJERTIH

No comments:

Post a Comment