Páginas

Wednesday 21 February 2018

UMNO Yakin Menang 2/3 Kerusi

Mohd Syazni Zainudin by Mohd Syazni Zainudin  on Tuesday, February 20, 2018

Pihak pengurusan UKOM dan Dato' Lokman bersama peserta Program Penerangan Isu Semasa di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra.
*****
Pertembungan beberapa penjuru dalam Pilihan Raya Umum akan datang bakal memberi peluang lebih cerah kepada Barisan Nasional untuk menang majoriti  2/3.

Pengarah Komunikasi Strategik, Kementerian Kewangan Malaysia, Dato' Lokman Nor Adam berkata, walaupun  ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada oleh DAP pada 2013 namun ia gagal.


Katanya, antara  tindakan pembangkang ketika itu adalah mengerahkan pengundi-pengundi kaum Cina dari seluruh dunia balik termasuk dari Norway dan Australia.

"Tahun 2013 kita ada pertandingan satu lawan satu, tapi untuk 2018 ini ia akan menjadi minimum tiga penjuru. Maksudnya undi yang pembangkang nikmati sebelum ini terpaksa dikongsi bersama-sama dengan PAS sebagai contoh.

"Perlu diingat banyak kerusi yang DAP menang hari ini kerana ada sokongan daripada PAS. Banyak kerusi yang PKR menang juga kerana ada sokongan dari PAS. PAS juga menang kerana ada sokongan daripada DAP dan PKR. Tetapi hari ini PAS sudah tidak bersama dengan PKR, DAP, PAN dan PPBM," Katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Program Penerangan Isu Semasa Anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir Pengarah UKOM, Dato' Muda Mamat.

Dalam majlis tersebut, lebih 1,000 peserta terdiri daripada kakitangan awam memenuhi dewan tersebut.

Sementara itu, Lokman berkata program penerangan sebegitu amat baik bagi membolehkan kakitangan awam khususnya supaya mereka boleh memberi penjelasan kepada orang awam lain.

"Kita nak supaya kakitangan awam ini antara orang yang terawal mendapat maklumat betul kerana apabila secara tidak langsung mereka yang hari-hari berhadapan dengan rakyat boleh memberikan penjelasan.

"Tapi kalau kita tidak memberikan penerangan kepada kakitangan awam kita itu sendiri, ini yang menyebabkan antara sebab kenapa dasar-dasar kerajaan kadang-kadang tidak disambut oleh kakitangan awam itu sendiri," katanya.

Menurut Lokman, bermula Januari tahun lalu, sebanyak 296 program penerangan telah dilalukan olehnya termasuk kepada kakitangan awam, anak-anak syarikat kerajaan pusat dan negeri, mahasiswa universiti awam dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta pertubuhan-pertubuhan politik.

MEDIAJERTIH

No comments:

Post a Comment