Ahmad Razif ketika berucap sebelum merasmikan Majlis Pelancaran Gerak Gempur Tawan 4P Parlimen Kuala Nerus dan Jentera Pilihanraya Serta Majlis Pecah Tanah Bangunan UMNO Kuala Nerus di Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
*****
Barisan Nasional (BN) Terengganu nekad merampas kembali empat kerusi parlimen di negeri ini bagi membolehkan kesemua lapan kerusi parlimen menjadi milik mereka.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata buat masa sekarang, empat kerusi sedia ada milik BN bakal dikekalkan manakala empat lagi akan ditawan kembali.
Katanya yang juga Pengerusi BN negeri, keyakinan penuh diberikan berdasarkan semangat yang ditunjukkan oleh jentera-jentera BN dan UMNO.
"Kita berkeyakinan penuh dengan semangat jentera pilihanraya Barisan Nasional dan UMNO ini. Mereka begitu bersemangat terutama kepada empat parlimen yang kita ingin tawan ini," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Gerak Gempur Tawan 4P Parlimen Kuala Nerus dan Jentera Pilihanraya Serta Majlis Pecah Tanah Bangunan UMNO Kuala Nerus di Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.
Turut hadir, Ketua Puteri UMNO Malaysia, Dato' Mas Ermieyati Samsudin; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus , Khairuddin Abdul Majid.
"Saya penuh yakin bahawa dalam Pilihanraya Umum 14 ini akan berpihak kepada BN dan kita akan dapat rampas kembali parlimen yang telah kita hilang dan juga tiga dun lagi selain mengekalkan Seberang Takir," katanya.
Hampir 10,000 ahli UMNO serta pemimpin setempat hadir memenuhi tapak perasmian bagi memeriahkan majlis tersebut.
Dalam majlis yang sama, 5,000 cermin mata percuma diagihkan hasil sumbangan oleh Puteri UMNO Malaysia.
MEDIAJERTIH
No comments:
Post a Comment