Páginas

Monday, 9 April 2018

Festival Belia Negeriku 13-14 April Ini

Mohd Irsyadi Abu Bakar by Mohd Irsyadi Abu Bakar  on Sunday, April 08, 2018 


Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) menawarkan pelbagai pilihan sektor untuk belia yang ingin memilih kerjaya dan bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan melalui Festival Belia Negeriku yang bakal berlangsung sepanjang dua hari bermula 13 April (Jumaat) ini.


Festival yang diadakan di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik lain kepada pengunjung.

Pengerusi MBNT, Amirullah Othman berkata, festival ini merupakan peluang terbaik belia untuk menceburi pelbagai sektor kerjaya dan bertemu pemimpin tempatan.

"Boleh dikatakan festival ini sebagai pusat sehenti bagi belia kerana pelbagai aktiviti boleh disertai dan memberi manfaat.

"Selain itu, jualan 'foodtruck' yang menjadi fenomena kebelakangan ini turut disediakan sepanjang festival," katanya kepada Teganukita, hari ini.

Amirullah berkata, majlis perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada malam 13 April  (Jumaat) ini. Perasmian turut disertai dengan majlis berselawat sempena Israk Mikraj.

"Kita juga akan dapat beramah mesra bersama Menteri Besar kerana malam itu, kita akan makan 'saing' makanan tradisi Terengganu keropok lekor bersama pemimpin setempat," katanya.

Selain itu, menurutnya dijangkakan seramai 15,000 pengunjung terutama belia bakal memeriahkan festival tersebut.

MEDIAJERTIH

No comments:

Post a Comment