Páginas

Tuesday 17 April 2018

Projek Pembangunan Berskala Besar Dijangka Siap Tahun Hadapan

Noraini Jusoh by Noraini Jusoh  on Tuesday, April 17, 2018 

Ahmad Razif bergambar bersama sebahagian ahli PKMM Negeri Terengganu pada Menyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Terengganu kali Ke-42 di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim
*****
Kerajaan negeri optimis projek-projek berskala besar khususnya untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri ini akan siap sepenuhnya tahun hadapan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, walaupun berdepan dengan kekangan sumber kewangan ianya tidak menghalang perlaksanaan projek pembangunan di negeri ini.


“Walaupun Terengganu mengalami masalah kekurangan pendapatan yang diperolehi, tetapi alhamdulillah banyak projek-projek yang telah selesai.

“Saya jangkakan dalam tahun depan kita dapat selesaikan projek-projek besar dan selepas itu barulah kita ada keupayaan untuk membina projek-projek baru,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Menyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Terengganu kali Ke-42 di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua PKMM Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri.

Ahmad Razif berkata, fokus kerajaan negeri adalah untuk menyelesaikan projek-projek sedia ada sebelum memberi laluan kepada projek baru.

Dalam majlis itu, beliau turut menyatakan komitmen untuk membantu PKMM Negeri Terengganu terutama memastikan persatuan itu bergerak lebih aktif sekali gus bersama-sama kerajaan negeri membangunkan Terengganu.

“Saya harap selepas ini pihak persatuan dapat berbincang lebih teliti dengan pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagaimana kita dapat membantu kontraktor Melayu tempatan kita ini melalui projek-projek akan datang,” ujarnya.

MEDIAJERTIH

No comments:

Post a Comment