Páginas

Monday 9 April 2018

Wanland Metro Bina 370 Unit Rumah Teres Mampu Milik

Suriati Ali by Suriati Ali  on Monday, April 09, 2018

Nawi melihat rumah contoh yang dipamerkan kepada orang ramai 
*****

Syarikat pemaju perumahan, Wanland Metro Sdn Bhd telah diberi peluang oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi membina 370 unit rumah teres mampu milik di Kampung Bukit Cina, Pasir Akar, Hulu Besut.

Pengarah Projek, Mohd Hairiezan Rasli berkata, pelaburan kira-kira RM62 juta di tapak seluas 27 ekar itu dijadualkan bermula bulan ini dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2019.


Menurutnya, Wetland Metro bercadang membina 174 unit rumah jenis A yang berkeluasan 800 kaki persegi dan 188 unit rumah jenis B dengan keluasan 1,000 kaki persegi berserta dengan 8 unit rumah kedai yang berkeluasan 1,680 kaki persegi.

“Projek yang diketuai perunding Surea Mamat Arkitek akan menghasilkan rumah tiga bilik tidur yang selesa dengan ruang tamu dan ruang makan dengan harga RM145,000 seunit bagi jenis A dan RM185,000 seunit bagi jenis B.

“Manakala harga jualan bagi rumah kedai ialah RM300,000 seunit.
“Syarikat akan mengutamakan barang-barang pembinaan daripada pasaran tempatan dan ia akan menawarkan peluang pekerjaan kepada anak tempatan selama tempoh projek 2 tahun,” katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran projek itu yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi
Mohamad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut.

Tambah Mohd Hairiezan, pihaknya akan memastikan pembangunan projek yang mesra alam dengan aplikasi teknologi hijau serta memperkenalkan dinding panel Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) jenis acotec yang berkualiti tinggi.

“Penggunaan panel acotec yang berasal daripada tekonogi Jerman itu akan menghasilkan penjimatan melalui penggunaan tenaga kerja yang minima dan tempoh siap yang lebih singkat,” ujarnya.

Projek itu turut melibatkan pembinaan komponen lain termasuklah surau, tadika, balai raya, kawasan lapang dan kolam tadahan bagi menjadikan ia sebuah kediaman yang tersusun dengan persekitaran yang moden.

MEDIAJERTIH

No comments:

Post a Comment