Páginas

Sunday 15 April 2018

JKKK Berperanan Jayakan Agenda Kerajaan

by Noraini Jusoh  on Saturday, April 14, 2018 

 Ahmad Razif bergambar bersama sebahagian JKKK sempena Perjumpaan J3K Negeri Terengganu Bersama Menteri Besar dan Penyampaian Hadiah Penilaian Prestasi J3K 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah 
*****
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau J3K berperanan penting dalam membantu kerajaan termasuk menjayakan projek-projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

Meteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kesemua JKKK perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk memantapkan peranan dan fungsi masing-masing.


"Dalam tranformasi kerajaan, kita mahu JKKK ini mainkan peranan membantu rakyat dari segala segi termasuk membantu pejabat daerah, Ahli Dewan Undangan Negeri dan sebagainya untuk memastikan segala pembangunan memberikan impak yang besar kepada rakyat.

"Konsep yang kita buat ini inklusif dimana kita dapatkan info serta maklumat berasaskan suara rakyat, dan disinilah peranan JKKK sebagai orang tengah membantu kerajaan untuk kita laksanakan pembangunan demi kebaikan rakyat," ujarnya.

Beliau berlata demikian kepada pemberita di Majlis Perjumpaan J3K Negeri Terengganu Bersama Menteri Besar dan Penyampaian Hadiah Penilaian Prestasi J3K 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Dato' Mohd. Jidin Shafee dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Dato' Rozi Mamat.

Pada majlis itu, kerajaan negeri telah menganugerahkan penarafan bintang kepada JKKK terpilih atas prestasi cemerlang dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menurut Ahmad Razif, inisiatif seumpama itu yang tidak terdapat di negeri lain sebagai satu penilaian prestasi selain menambah nilai untuk memastikan peranan serta komitmen dapat dikecapi komuniti setempat.

MEDIAJERTIH

No comments:

Post a Comment