Aida Abd Rahman by Aida Abd Rahman on Monday, April 09, 2018
Menteri Besar menyerahkan watikah pembubaran DUN kepada yang Dipertua DUN, Dato' Mohd Zubir Embong sebelum diserahkan kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Terengganu, selepas sidang media khas, di Wisma Darul Iman. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim
*****
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibubar secara rasmi pada hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembubaran DUN berkenaan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sebaik sahaja beliau menghadap baginda di Istana Syarqiyyah, Chendering, kira-kira 10.17 pagi ini.