Páginas

Sunday 21 February 2016

Puteri Mahu Perjuangan UMNO Selama 70 Tahun Dikongsi Bersama Golongan Muda


KUALA LUMPUR, 2 Feb – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pergerakan tersebut akan merangka program yang melibatkan pemimpin-pemimpin terdahulu agar segala pengalaman dapat dikongsi bersama orang muda.


Ujarnya, bersempena Hari Ulang Tahun UMNO yang ke-70 pada 11 Mei ini maka beliau mahu mengimbas kembali bagaimana perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu demi memastikan UMNO itu terus utuh.

“Tanpa sejarah dikongsi dengan orang muda, mustahil golongan muda dapat merasai keperitan dan faham apa itu perjuangan.

“Maka Ulang tahun UMNO yang ke 70, saya minta semua exco Puteri agar adakan program yang melibatkan pemimpin lama bagi membolehkan kita khususnya golongan muda dapat berkongsi sejarah perjuangan UMNO terutama dari sudut sumbangan UMNO yang telah membawa kejayaan demi kejayaan untuk agama, bangsa dan tanahair ini.

“Golongan muda perlu tahu betapa perit jerih yang ditempuh pemimpin terdahulu untuk membangun negara. Ini semua boleh djadikan pengajaran dan pedoman buat pemimpin dan bakal pemimpin Puteri,” katanya kepada UMNO-Online selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pergerakan itu buat pertama kalinya bagi tahun 2016.

Dalam mesyuarat tersebut juga turut membincangkan perancangan dan strategi yang akan dilaksanakan terutama dalam gerak kerja untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Tambah Mas Ermieyati, beliau mahu tahun 2016 ini peranan Puteri terus dimantapkan di peringkat akar umbi terutama di dalam membantu parti mendekati anak muda.

– MediaUMNO.

No comments:

Post a Comment