Páginas

Tuesday 16 February 2016

RM27.5 juta Diperuntukkan Atasi Masalah Banjir

By Mastura Jamaldin -  15 Februari 2016


Sebanyak RM 27.5 juta peruntukan telah di luluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir dan hakisan pantai yang sering berlaku di beberapa tempat di Terengganu.


Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Dato’ Sri Dr.Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar berkata peruntukan ini melibatkan lima projek utama di Terengganu .

“Daripada jumlah ini,sebanyak RM15 juta adalah peruntukan yang di luluskan untuk pembesaran dan pembinaan alur Sungai Chepoh bagi mengurangkan masalah banjir yang disebabkan limpahan air apabila hujan lebat.

“Kerja-kerja ini yang akan bermula seawal mungkin pada tahun ini dijangka dapat menjamin keselamatan dan keselesaan kepada penduduk yang di ancam banjir,mengurangkan kos perpindahan dan sebagainya di kawasan berkenaan.”

Wan Junaidi berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media sempena lawatan rasmi dan taklimat khas banjir di kampung Nibong,Hulu Terengganu.

“Pemulihan dan menaiktaraf saluran Sungai Chepoh akan meliputi skop kerja seperti pelebaran sungai,pengukuhan tebing sungai,pembinaan ban dan sebagainya bagi mengurangkan limpahan oleh Sungai Telemong.”ujarnya lagi.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu;Dato Jailani Johari,Ahli Dewan Undangan Kawasan Telemong;Dato Rozi Mamat dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar(NRE).

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment