Páginas

Thursday, 18 February 2016

Pensyarah, Penyelidik UMT Perlu Bersama Masyarakat-Naib Canselor

By Suriati Ali -  17 Februari 2016 0 207

Nor Aieni bersama pengamal media selepas Majlis Apresiasi Media (MAM) 2016, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Penyelidik dan pensyarah Universiti Malaysia Terengganu diminta  terus menonjolkan diri bersama masyarakat, selain lebih bermotivasi  dalam menghasilkan bahan penyelidikan sama ada  melalui penulisan atau penerbitan.


Naib Canselornya, Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar, berkata golongan itu juga perlu menjadikan pengkongsian ilmu  bersama masyarakat luar sebagai budaya dan amalan.

Katanya, dengan cara itu, secara tidak langsung boleh mengkormesialkan bahan penyelidikan,  apabila mendapat kepercayaan, akan membangkitkan semangat untuk terus mencipta  bahan kajian baharu.

“Juga perlu menghebahkan ilmu melalui  bahan siaran seperti akhbar bercetak, akhbar dalam talian dan portal berdaftar.

“Langkah itu pastinya boleh menangkis pelbagai isu dan hebahan maklumat yang disalurkan individu  tidak bertanggungjawab melalui media sosial, termasuk facebook whatsApp dan twitter,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Apresiasi Media (MAM) 2016, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.

Jurufoto Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Tengku Mohamad Syamim Tengku Ismail, dianugerahkan gambar terbaik bagi kategori am.

Nor Aieni memberitahu,  UMT mengambil langkah sebaik mungkin  dalam menghadapi masalah ekonomi walaupun geran pendidikan dan penyelidikan masih diteruskan dan tidak dipotong,

“Pada masa sama , berusaha menjana kewangan dan meningkatkan kualiti pengurusan anak syarikat UMT Jaya dan mengkormesialkan produk UMT sebagai usaha menambah dana,”katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment