Páginas

Tuesday, 16 February 2016

Terengganu Mahu Tubuh Sekolah Rendah Imtiaz

By Suriati Ali -  14 Februari 2016

Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada pelajar pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG dan Menyampaikan Bantuan Awal Sekolah di SMK Kompleks Seberang Takir, hari ini. Foto Harish Fadzillah
*****
Kerajaaan negeri mahu mewujudkan Sekolah Rendah Imtiaz dalam tempoh terdekat dengan menumpang mana-mana sekolah rendah yang mempunyai lebihan kelas.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dia sudah meminta Yayasan Terengganu mengenalpasti mana-mana sekolah sekitar Kuala Nerus bagi merealisasikan hasrat itu.

Katanya, permintaan ibu bapa terlalu tinggi yang mahu anak masing-masing belajar di sekolah Imtiaz.

“Atas desakan itu, kerajaan  memperluaskan konsep pembelajaran Imtiaz di peringkat sekolah rendah agar pelajar mendapat pendedahan lebih awal.

“Pelajar ini yang memperoleh  5A dalam UPSR akan diberi keutamaan melanjutkan pelajaran di mana-mana Sekolah Menengah Imtiaz,”  katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG dan Menyampaikan Bantuan Sekolah di SMK Kompleks Seberang Takir, hari ini.


Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria dan Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin.

Ahmad Razif memberitahu, kerajaan negeri turut meninjau mana-mana lokasi yang bersesuaian untuk mewujudkan Madrasah Moden ke empat di negeri ini.

Katanya, Madrasah Moden sedia ada di Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Batu Rakit mendapat sambutan luar jangkaan.

“Wujudnya  madrasah baharu,  sekurang-kurangkan dapat menampung lebih ramai pelajar sederhana yang mahu belajar di madrasah.

“Kita akan berbincang dengan YT bagi mendapatkan bangunan milik  Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu di Dataran Austin, Kuala Nerus bagi tujuan itu,”katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment