Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kehadiran pelabur-pelabur tersebut adalah bagi mengadakan hubungan antara kerajaan negeri dengan Persatuan Cina-Muslim Seberang Laut di Malaysia (OCMA).
“Setelah berbincang, mereka mungkin akan membuat pelaburan di negeri ini terutama dalam bidang perhotelan dan makanan halal.
“Buat masa sekarang, mereka telah mengenal pasti beberapa tempat bagi mengadakan usahasama yang bakal dilangsungkan ini,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam Bagi Meraikan Rombongan Pelaburan Persatuan Cina-Muslim Luar Negara Bersama Menteri Besar di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda dan Naib Presiden OCMA, Ismail Cui Wei.
Pada majlis tersebut, seramai 80 ahli OCMA turut hadir bagi membincangkan peluang pelaburan di Terengganu.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment