Páginas

Sunday 12 February 2017

Terengganu Tubuh Bandar Koperasi Ogos Ini

Noraini Jusoh | Thursday, February 09, 2017


Kerajaan negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu akan membangunkan sebuah bandar baharu berkonsepkan koperasi yang dikenali Bandar Koperasi di tengah bandaraya Kuala Terengganu menjelang Ogos ini.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, kerajaan negeri bersetuju menawarkan 46 unit lot kedai di Ladang Tok Pelam untuk tujuan itu setelah memperoleh pembiayaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Kerajaan negeri bersetuju mewujudkan Bandar Koperasi di Terengganu dengan cara membeli rumah kedai yang telah siap dibina oleh kerajaan negeri melalui Lembaga Tabung Amanah Warisan di Ladang Tok Pelam sebanyak 91 unit.

“Daripada jumlah itu, kerajaan negeri bersetuju untuk menawarkan 46 unit kepada koperasi,” ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakn Majlis Perasmian Program Melestari Modal Insan Koperasi Sempena Promosi Program latihan Maktab Koperasi Malaysia 2017 di TH Hotel, hari ini.


Turut hadir, Pengarah SKM Terengganu, Mohd Roslan Awang.

Menurut Nawi, permohonan pembiayaan sebanyak RM60 juta dengan pihak kementerian akan dibuat minggu hadapan.

“Projek tersebut bakal menggunakan konsep yang sama seperti bandar koperasi pertama dan terbesar di dunia iaitu di Bronx, New York, Amerika Syarikat,” ujarnya.

Teganukita/MJ

No comments:

Post a Comment