Páginas

Sunday 12 February 2017

Tabung Wakaf Pendidikan UniSZA Buka Sumbangan Orang Ramai

Suriati Ali | Sunday, February 12, 2017


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengalu-alukan orang ramai terutama golongan korporat menyalurkan sumbangan ke Tabung Wakaf Pendidikan universiti yang mula diperkenalkan sejak Ogos tahun lalu.

Naib Canselornya, Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, perolehan sumbangan terkumpul sehingga Disember lalu berjumlah RM3.4 juta dan hasil itu akan dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan yang memberi faedah kepada pelajar dan juga masyarakat sekitar.


Katanya, antaranya pembinaan Bangunan Pengajian Islam, Rumah Rehat UniSZA, pembelian buku perpustakaan dan juga peralatan perubatan UniSZA selain kegunaan lain yang diperlukan di universiti berkenaan.

“Sehingga kini pelbagai pihak korporat yang tampil menjadi penyumbang termasuk Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Terengganu Inc, Building Societ Berhad dan DSE Construction Sdn Bhd.

“Hasil sumbangan bukan sahaja boleh dimanfaat pelajar dan penduduk setempat malah menjamin saham akhirat iaitu pahala yang berterusan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Jawatankuasa dan Tabung Wakaf UniSZA, Kuala Nerus, baru-baru ini.

UniSZA menjadi pusat pengajian tinggi pertama di pantai timur mewujudkan Tabung Wakaf UniSZA dalam usaha memberi kemudahan kepada orang awam dan syarikat korporat temasuk industri menyalurkan dana.

Tabung Wakaf UniSZA yang mendapat kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) akan dilancarkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Mei ini.

Teganukita/MJ

No comments:

Post a Comment