Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, program yang merangkumi pelbagai acara seperti kebudayaan, warisan dan sukan dilaksanakan dengan kerjasama Tourism Malaysia Terengganu dan pelbagai agensi lain di seluruh Terengganu .
Antara program yang sedang dan akan dijalankan adalah Merakam Pengalaman di Terengganu (18 Februari-30 April), Matta Travel Fair (17-19 Mac), Pesta Pantai Beautiful Terengganu Red One (17-25 Mac) dan Malam Apresiasi Suktra (20 Mac).
“Selain itu, program tahunan yang sering dijalankan di Terengganu akan turut diadakan iaitu Kapas-Marang International Swimathon (18-19 Mac), Kejohanan FIM Asia Motocross (24-25 Mac), Kenyir Bird and Nature Quest (25-26 Mac) dan tidak ketinggalan Terengganu Bike Week (27 Mac-2 April),” katannya.
Teganukita/MJ
No comments:
Post a Comment