Oleh: Haji Wan Aziz
11 Mac (Sabtu) - Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan dalam DUN Jerteh 2017 oleh Dato' Seri Haji Idris Jusoh - Ahli Majlis Tertinggi UMNO berlangsung dalam suasana penuh bersemangat, ceria, ramah mesra dan setiakawan.
Aura positif ini sebagai petanda terbaik kepada 48 cawangan dalam DUN Jerteh yang mula bersidang pada 17 Mac ini.
Majlis pada petang ini turut membariskan kepimpinan UMNO Bahagian dan Penyelaras DUN Jerteh.
Antaranya Tuan Haji Nawi Mohamad - Ketua UMNO Bahagian, Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof - ADUN Jerteh, Senator Hajah Engku Naimah Engku Taib - Ketua Wanita UMNO Bahagian Besut, To' Puan Seri Hajah Che Kamariah Zakaria, To' Puan Hajah Roslida Daud, To' Puan Seri Hajah Wan Naimah Ab Latif - bekas Naib Ketua Wanita UMNO Besut dan jawatankuasa-jawatankuasa UMNO Bahagian Besut.
Majlis diakhiri dengan penyampaian watikah kepada pengerusi-pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam DUN Jerteh serta Hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan PDM peringkat DUN.
Majlis diadakan di Dewan Sivik Baru Gong Nering dekat sini.
HIDUP RAKYAT!
MediaJerteh
No comments:
Post a Comment