Menurut sumber LHDN, pihaknya menafikan dakwaan pemohon yang memiliki pendaftaran peniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah tidak layak menerima BR1M.
Katanya, semua permohonan yang dikesan berdaftar dengan SSM masih dalam status tidak lulus berikutan perlu dibuat saringan untuk memastikan pemohon yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan ini.
“Tujuan kerajaan menyediakan BR1M adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Pemilik SSM yang berniaga kecil-kecilan dan memenuhi syarat kelayakan dari segi pendapatan dan sebagainya boleh mengemukakan dokumen berkaitan bermula tarikh tersebut untuk proses rayuan.
“Sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan, pemohon layak dipertimbangkan dan berhak mendapat peluang kedua selaras dengan keprihatinan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.
Teganukita/MJ
No comments:
Post a Comment