Páginas

Tuesday, 14 March 2017

Sayang di Sayang - Program Cakna Adun Jerteh

Oleh: Haji Wan Aziz

Dato' Pehimi sempat menanam sendiri pokok durian belanda di laman salah sorang penerima bantuan JKM dalam program "Ziarah Sayang di Sayang
*****
14 Mac (Jerteh) - Program Sayang di Sayang adalah program terbaru Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh dalam meyelami denyut nadi rakyat khas yang kurang bernasib baik.


Pada pagi ini, program ini diadakan di Dewan Majlis Daerah Besut, Jertih yang dihadiri hampir satu ribu penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Besut. Program di isi dengan ceramah agama yang di bawa khas iaitu Ustaz Dr Mohd Zawawi Mohamad - penceramah di Radio Malaysia Kelantan FM.





Dato' Pehimi dalam ucapannya menyeru kepada semua penerima bersyukur dengan bantuan yang diterima ini dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang ada pada hari ini yang sentiasa peka membela nasib rakyat kurang bernasib baik.

"Budaya 'Terima Kasih' pada hari ini seolah-olah makin luput dari amalan seharian uat Islam di tempat kita, sedaangkan ia satu amalan yang amat dituntut oleh Islam", kata beliau.

Hadir sama dalam program ini, ialah Puan Suzieyatie Sayude - Pegawai JKM Daerah Besut, Penghulu-penghulu Mukim dan Pengerusi-pengerusi JKKK dalam DUN Jerteh.

Penerima bantuan turut disumbangkan benih pokok duraian belanda serta payung oleh Dato' Pehimi selepas masing-masing menerima secara tunai bantuan bulan mereka.



Pada sebelah petang Dato' Pehimi meluangkan masa mengadakan Ziarah Sayang di Sayang ke beberapa rumah penerima bantuan di sekitar Padang Luas, yang tak dapat datang ke majlis sebelah pagi kerana uzur dan sebagaimna. Kesempatan berkinjung ke rumah penerima bantuan JKM,


Dato' Pehimi sempat menanam sendiri pokok durian belanda berkenaan di rumah penerima. Pegawai JKM Daerah juga turut bersama.

MediaJerteh

No comments:

Post a Comment