Páginas

Wednesday, 9 July 2014

Ahmad Razif Disahkan Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Yang Baharu


Aida Abd Rahman
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman (gambar) kini sah mengambil alih jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak  mengesahkan perkara itu kepada media selepas mengikuti Taklimat Pembangunan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Terengganu menjadi negeri ketiga selepas Perak dan Kedah, yang dikunjungi Perdana Menteri bagi  mendengar taklimat pembangunan setiap negeri sebagai input bagi menggubal  Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) (2016-2020).

“Kita sudah melantik Dato’ Ahmad Razif sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno yang baharu,” katanya.

Mohd Najib sebelum itu percaya dan yakin dengan kemampuan Ahmad Razif menerajui pentadbiran negeri dan memikul tanggungjawab bagi menggantikan Dato’ Seri Ahmad Said bermula 12 Mei lalu.

Dalam laporan akhbar tempatan sebelum ini, menyebut Ahmad Shabery Cheek sebagai calon sesuai mengisi jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, yang kosong ekoran peletakan jawatan bekas Menteri Besar , Dato’  Seri Ahmad Said Mei lalu.

Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman dan Menteri Komunikasi dan Multimedia , bagaimanapun memberi reaksi  kepada media, adalah  menjadi kelaziman menteri besar juga memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu juga berpendapat perjalanan politik di sesebuah negeri akan tempang sekiranya jawatan utama itu tidak dipegang oleh menteri besar.

Teganukita

No comments:

Post a Comment