Páginas

Monday 21 July 2014

Setiap JKKK Jaga 30 Pengundi

Aida Abd Rahman
Setiap Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh Parlimen Kuala Terengganu diminta menumpukan perhatian hanya kepada 20 hingga 30 pengundi di kawasan masing-masing untuk memastikan kerusi Parlimen dan empat Dewan Undangan Negeri (DUN)  Kuala Terengganu dapat kembali kepada Barisan Nasional (BN).

Dato' Ahmad Razif Abd Rahman
*****

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman, berkata daripada 98,000 pengundi di seluruh Kuala Terengganu sekiranya dibahagikan dengan 1,515 JKKK yang terdiri di kalangan pengerusi, timbalan, setiausaha, bendahari dan ajk itu maka setiap individu hanya perlu menjaga dan memberi perhatian kepada  kira-kira 50 orang pengundi sahaja, sebelum ditolak ahli keluarga dan saudara-mara sendiri.

“Di Kuala Terengganu terdapat 1,515 orang. Sementara 98,000 pengundi di parlimen ini yang mengundi, bagaimanapun saya berkira-kira kita hanya memerlukan 49,000 hingga 50,000 orang pengundi sahaja di Parlimen Kuala  Terengganu ini (untuk menang pilihan raya). Jadi kita hendak jaga hanya 50,000 pengundi sahaja, maka Insya-Allah Parlimen Kuala Terengganu dan juga DUN-DUNnya kita boleh menang.

“Kalau dikira 50,000 kita bahagi kepada 1,500 maka berapa sahaja. Kalau kita jaga 50 orang, bermakna seorang ajk hanya perlu tumpukan kepada 30 orang sahaja selepas ditolak diri dia, keluarga dan anak beranak dia maka tinggal 10 hingga 15 orang sahaja yang perlu diberi tumpuan,”katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan JKKK Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu merangkap Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Mohd Kamil Othman, Ketua Wanita Umno Kuala Terengganu, Rozalina Mokhtar dan Ketua Puteri Umno Kuala Terengganu, Nia Notieya Zaharuddin.

Ahmad Razif yang juga Menteri Besar berkata, setiap JKKK berkenaan perlu memiliki kemahiran tertentu yang akan digarap dalam pentadbiran JKKK tidak lama lagi supaya mereka mampu menjaga setiap pengundi berkenaan dengan sebaik yang mungkin.

“Sebaik dilantik sebagai Menteri Besar yang ke-14 maka saya perlu buat suatu kajian dan pemerhatian supaya pelaksanaannya nanti akan menemui kejayaan.

“Maka kerana itu saya mengambil keputusan untuk menubuhkan tiga agensi di bawah Pejabat Menteri Besar bagi membantu saya  yang pertama untuk mengenal pasti apakah kemahiran yang akan kita gunakan dalam masa tiga hingga empat tahun ini. Kerana apa yang kita buat sebagamaina majlis hari ini bukan sahaja sebagai ibadat tetapi juga bermatlamat untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang,”katanya.

Tambah beliau, tiga agensi itu adalah Putra (Pusat Transformasi Rakyat Terengganu) yang berperanan dalam memastikan pentadbiran negeri berteraskan Transformasi Terengganu Baru (TTB) mampu mencapai matlamat berdasarkan lima kluster utama.

Agensi lain termasuk Idaman (Institut Darul Iman) berpusat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) bagi mengkaji setiap perancangan kerajaan dan ianya memberi faedah kepada rakyat.

Ketiga, T-ISSI (Terengganu Integrity & Strategic Institute ) sebagai pusat latihan Terengganu yang berpusat di Seberang Takir.

Teganukita

No comments:

Post a Comment