Páginas

Saturday, 5 July 2014

Ramadan: Penduduk Besut terharu dikunjungi pemimpin.

 Seorang penduduk menerima sumbangan daripada Idris. Turut sama Haji Pehimi

Oleh: Mohammad Ishak.
Ramadan yang sedang dihayati oleh seluruh Umat Islam memberi banyak keinsafan kepada umat untuk menghayatinya selain meningkatkan amal dan ibadah sepanjang bulan mulia ini.
Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Besut mengimarahkan Ramadan pada setiap tahun dengan menganjurkan “Program Ziarah” apabila peluang itu digunakan sepenuhnya untuk mengajak pemimpin berkunjung dari rumah ke rumah menjengok penduduk terutama golongan miskin.

Ahli Parlimen Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh diberi penghormatan bersama empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain menyertai program itu bersama isteri masing-masing untuk melakukan ziarah berkenaan.

Idris dan Pehemi di rumah seorang pesakit yang dikunjungi.
*****
Kesibukan Dato’ Seri Idris selaku pemimpin pusat yang bertanggung jawab sebagai Menteri Pendidikan II, tidak menghalang beliau turun padang memenuhi program wanita apabila cuti hujung minggu hari ini digunakan untuk ziarah sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih.

Turut serta menyertai beliau ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri, Muhamad Pehimi Yusof yang juga ADUN Jertih dan Ketua Pemuda Besut, Azizul Jasmi Mohamad.

Sepanjang program berlangsung hari ini Idris berpeluang menemui 30 golongan miskin dan yang uzur di DUN Jertih manakala isterinya, Toh Puan Che Kamariah Zakaria, menjelajah di DUN Hulu Besut.

Sempena ziarah dari rumah ke rumah itu Idris turut menyampaikan sumbangan wang dan menyampaikan hamper berbentuk makanan.

Teganukita

No comments:

Post a Comment