Páginas

Monday 14 July 2014

Kerajaan negeri turun harga rumah mampu milik di Terengganu- MB

 http://teganukita.my/tkv1/wp-content/uploads/2014/06/13.jpg
Kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk menurun harga Rumah Mampu Milik kepada RM68,000 daripada RM73,000.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, sehubungan itu bayaran bulanan turut diturunkan kepada RM189 daripada RM323.
   
“Turut dihapuskan ialah bayaran perkhidmatan sebanyak 5.5 peratus,” katanya pada majlis berbuka puasa dan penyerahan watikah pelantikan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Daerah Dungun malam tadi.
   
Turut hadir di majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, Exco kerajaan negeri, Roslee Daud, Pegawai Daerah Dungun, Datuk Mohd Akil Mat, Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Datuk Din Adam dan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri, Datuk Wan Zahari Ngah. – Bernama

No comments:

Post a Comment