Páginas

Sunday 6 July 2014

Majlis Berbuka Puasa ADUN Jertih Sempena Ramadhan 1435H/2014M

Haji Pehimi menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.
*****
5 Julai 2014 (Sabtu) - Majlis Berbuka Puasa ADUN Jertih Sempena Ramadhan 1435H/2014M yang dihadiri oleh lebih 1,000 tetamu menjadikan sambutan kali ini amat meriah sekali.
Program bermula jam 6.00 petang dengan Haji Pehimi menyampaikan sumbangan kepada 200 anak-anak dalam DUN Jertih.

Sebelum masuk waktu berbuka Ustaz Mohd Zaki, Imam Masjid Ulul Albab telah memimpin Tahlil.
Hadir sama ialah Dato' Seri Haji Idris Jusoh - Menteri Pendidikan II, Malaysia. Antara tetamu lain ialah Ketua-ketua dan jawatankuasa cawangan dalam DUN Jertih, JKKK serta pelajar-pelajar dari Sek. Men. Imtiaz Besut.
Haji Pehimi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir.

Dato' Seri Idris beramah mesra dengan tetamu.
Sebahagian tetamu yang hadir
Alhamdulillah... rezeki bulan Ramadhan.
Foto: BN Jertih dihatiku

No comments:

Post a Comment